Jatuh. Tersungkur.
Assalamualaikum semua. anda sihat? dok buatpa ja tu? makan dah? saya harap kalian semua sihat dalam menjalani kehidupan yang telah ditentukan Ilahi. Amin.
harini mood nak sedih sikit. sebab memang sedih. jatuh? tersungkur? yes. itulh yg telah terjadi kepada saya. anda pernah jatuh cinta? mungkin kebanyakan daripada kita banyak dah pengalamannya bukan? best tak bercinta? bagi saya, cinta tu perkara subjektif. banyak pendapat dan pandangan masing-ii. ya, cinta yang paling suci dan utama adalah cinta kepada pencipta kita, Allah SWT. kebanyakan dari kita tahu cinta itu melibatkan hati 2 pasangan lelaki dan juga perempuan kan? tapi ada jugak orang lain yang memandang erti cinta itu dari perspektif yang lain. sebab tu saya kata cinta itu perkara subjektif. banyak jawapan dan pandangannya :)
cinta. semua orang berhak miliki cinta bukan? cuma kita taktahu bila, dimana, dan siapa cinta yang betul-ii , tepat buat kita. dan bila sebut cinta, mesti ada pengorbanan kan? tak kisah lah pengorbanan dari segi perbuatan, atau merelakan dengan hati. dan bila berkorban mesti sakit kan?pedih sangat.ada manusia bertuah yang saling mencintai satu sama lain, dan akhiri zaman bujang mereka dengan perkahwinan. seterusnya, bahagia mendapat anak, juga cucu dan cicit.
tapi, ada segelintir manusia malang yang mencintai seseorang yang takpernah tahu dia mencintainya. kemudian, manusia malang itu kecewa kerana insan yang dia cinta mencintai orang lain. malang. hati yang selama ini dihuni oleh hanya satu nama, kini hancur menjadi debu. malang bukan? ruang kosong yang selama ini diisi oleh satu nama, kini sepi kembali. mungkin bukan rezeki dia.
sakitnya pengorbanan bila terpaksa merelakan dengan hati supaya membuang si dia pergi dari hati. pedih. perih. tapi disebabkan dia percaya, bahawa bahagia yg sebenarnya bahagia apabila mereka merelakan insan yang mereka cinta bahagia bersama orang lain , dia telan juga pedih itu. kerna dia tahu, cinta hadir tanpa dipaksa. kerna dia tahu, yg pergi itu cinta tapi yang bakal datang nanti adalah JODOH. tidak mengapalah dia hilang cinta dia sekarang. dia rela. kerna, perjalanan hidupnya masih panjang. masih banyak lagi perkara yang Allah telah aturkan untuk dia. jadi insan malang itu tetap teruskan hari-hari yang ditentukan Ilahi dengan pasti.
Jodoh? ya, satu suratan yang sudah tertulis buat kita umat Islam sejak kita masih didalam rahim Ibunda kita selama 9 bulan atau lebih mahupun kurang. Allah itu maha mengetahui, sesungguhnya dia takkan menjadikan sesuatu dengan sia-sia. jadi insan malang itu percaya, Allah telah tetapkan jodoh yang terbaik buat dia. yang mampu menghiburkan hatinya disaat dia duka. yang mampu menyembuhkan luka di hati saat hati dirobek penghuni duniawi, yang mampu memberikan senyuman yang sudah tentu akan menerangi hari-hari nya yang kelam dan sepi, yang mampu berkorban buatnya dan yang paling penting, yang HALAL buatnya.
walaupun hari ini dia jatuh, dia tersungkur, dia bangkit kembali. ya, dia pernah terluka. namun dia masih cuba berdiri. dia masih cuba untuk mencari kebahagiaan disamping Ilahi. kini, dia ingin bersendiri. dia takut dikecewakan lagi. dialah pendatang sepi :)
No comments:
Post a Comment