Thursday, 18 July 2013

KECIWA ! !

assalamualaikum people! how are you guys? how was your ramadhan going? i hope it was going really well! 

act tajuk cheq pun dah keciwa kan? mmg teramat dan amatnya keciwa ni! nak tau pasaipa? ada tak dalam kalangan hangpa yg minat RM? what i mean is RUNNING MAN. yesss. bagi fanatic club Rm ni depaa mesti tau punya yang RM ni nak turun Malaysia 7/9/13 ni. yes, cheq memang pada asalnya tersangat lah happy sampai taktau nak habaq lagu mana! pada asalnya jelah cheq happy, lepas jaa tau yang tarikh tu adalah sama dengan tarikh cheq punya TRIAL SPM, teruih rasa nak melolong satu KL! kalau KL ni ada sepuluh,  sepuluh KL cheq nak melolong! 

memang sangatlah keciwa sebab tak dapat nak join. yes! im definately will get jealous with those guys who gonna attend on tht day! seriously, kalau depaa dah dapat pii mesti lah depaa ber-snapping gambaq dengan RM members kan. yang turun KL nanti cuma Kang Gary, Kim Jong Kook, Ji Suk Jin, and HAHA. cheq tak berapa nak kisah pasai RM member yg len. cheq cuma ambik tau pasai si Kang garry ni je. nama manja dia gally. 

menyesai cheq tinggaikan dia pi berlakun kat korea tu! memang sedih takdapat nak jumpa tunang sendiri masa fan meeting tu. HAHA gelabbah. seriously, i've a huge desire to meet him and snap photo with him. aih! what can i do? tahan lah keciwa dan sakit hati ni bila tiba masanya dan tengok TL twitter penuh dengan depaa-ii yang berpeluang tangkap gambaq dengan gally. auuuuuuu pedih lagi sadis! haha macam mati laki pulak! sedih lah bhai takdapat jumpa tunang sendiri! HAHAHA. 

nak sedih lebih-ii pun takboleh! nasib baik ada kang gary Malaysia. boleh lah aku tatap untuk menghilangkan rindu di hati. HAHA. for those yang nak detail pasai Fan Meeting tu, ada cheq taruk link kat bawah. siapa yang dapat pergi, hangpa memang LUCKY! 

okaylah! izinkan cheq mengundur diri, nak ulangkaji sikit! esok trial BM! hehe. last but not lease, HAVE A NICE DAY EVERYONE! MAY PEACE BE UPON YOU. ASSALAMUALAIKUM. 

Tuesday, 16 July 2013

Cabaran Cabaran Ujian !

Assalamualaikum guys! how you guys doing? baik tak hari-ii hangpa semua? cheq harap hangpa semua sihat-ii belaka okay! cheq sihat Alhamdulillah. cuma hati ni panas sikit! bukan sikit, banyak lah jugak kalau nak ditambah dengan panas yang sebelum ni.


Bukan apa, makin kuat pulak iman ini diuji oleh yang Maha Esa, dalam bulan Ramadhan ni. cheq sebagai hamba-Nya yang hina, kena lah redha dengan semua benda yang jadi. bunyi macam matii laki pulak! HAHA
ok, actually cheq panas hati disebabkan Kemudahan yg sedia ada kat PPR Batu Muda ni. hangpa tau kan PPR tu apa? Projek Perumahan Rakyat. cheq duduk kat sini. Flat ni kaler oren+kuning dan  berbumbung merah. mempunyai 17 tingkat perumahan. Ah! bukan ini yang cheq nak habaq ni. cheq nak habaq pasai LIF yang disediakan untuk semua penduduk perumahan Blok E ni. Blok ni ada 3 lift. tapi, hanya 1 SAHAJA buat masa ni yang boleh guna. hangpa bayangkan, 1 lif nak dikongsi dengan penduduk 17 tingkat. 1 tingkat ada 20 rumah. kalau 1 rumah ada 5 orang . 5x20=100 . 100x17=1700 penduduk. itu kalau 5 orang. kalau 6? 7? 8? hangpa bayangkan 1700 orang ni nak kongsi 1 lift yang standart size. kalau dah standart size tu hangpa tau lah boleh sumbat berapa kan? jenis Lif PPR ni hok yang takda loceng kalau over-weight. so, selagi boleh himpit, depa himpit! cheq yang boleh lah dikatakan kecil ni(perasan), terperosok lah celah-ii jiran tetangga yang besar-ii tu.

Lagi-ii kalau time pagi , dimana depa-ii yang masih bersekolah (termasuk aku) dan bekerja, sudah pastinya akan terpacak kat depan lift tu paling busuk pun pukui 645. cuba hangpa bayangkan lift ni nak angkut depa-ii dari setiap tingkat. kalau lift ni cepat takpa, masalahnya, setiap 1 tingkat berhenti lif ni ambil masa dalam 30 saat. kalau yang jenis depa yang malas nak tekan button '><' (tutup), lagi lambatlah jawabnya. 30 saat x 17 = 510 saat bersamaan 8 minit 5 saat. itu baru satu round. kalau depa yang dah terpacak depan lift tu tapi takdapat masuk lift sebab "penuh" cemana? tak ke lambat depa-ii dan cheq ni nak ke sekolah? hah. so nak ambil jalan cepat, depa dan cheq pun daki dan turuni anak-ii tangga yang telah pun disediakan tu. kalau setakat tingkat 1-5 takpa lagi. ni kalau tingkat 6-17 tu? menggigil lutut wei! siapa yang ada pengalaman, hangpa tau lah kan.

bukan apa, kalau sehari dua lift nya rosak takpa, ni dah lebih seminggu! lagi-ii laa ni bulan posa. memang tak penat lah ceritanya. mendera depa-ii yang berpuasa sahaja. cheq kesiankan makcik-ii, pakcik-ii yang dah uzuq tu. cemana depa nak mendaki tangga tu? memang sangat tidak berpuas hati dengan maintanance ppr ni! dah berapa kali repair, berapa kali nak rosak. dah lah khidmat yang diberikan LEMBAT (lembab+lambat) ! dah macam-ii aduan buat, depa still sama. bagai mencurah aiyaq ke daun keladi! geram ni geram. fikir bulan puasa je ni tau! hangpa dapat bayangkan cheq ni penat-ii balik sekolah jalan kaki, lepastu kena mendaki tangga pulak. rumah cheq pulak tingkat 13! gila barbe!

SO CHEQ HARAP PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DAPAT MENGATASI MASALAH NI DENGAN SEGERA SEBELUM ADA YANG BUAT GELONGSOR DARI SETIAP TINGKAT.

panjang betul cheq mengomel! hehehe terima kasih lah yaaa sebab sudi membaca. kurang-ii lega sikit ada yang prihatin ye dokk? hehe. oklah sampai sini sahaja! cheq nak beradu sebentar! penat mendaki tangga! last but not lease, JANGAN CURI-II MAKAN/MINUM. HEHE
MAY PEACE BE UPON YOU GUYS! ASSALAMUALAIKUM!

Monday, 15 July 2013

Ramadhan, Bulan Barakah :)

Assalamualaikum people! how you guys doing? good? i hope you guys were doing really good. Alhamdulillah. dah hari ke-6 kita berpuasa. Dan sebesar besar tahniah saya ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang berjaya berpuasa sehingga ke hari ini, iaitu hari Isnin, 15.7.2013 bersamaan berapa hijrah? siapa tau? angkat tangan! haha semangat hangpa angkat tangan yee. yes, harini bersamaan 6 Ramadhan 1434 Hijrah! TAHNIAH! kerana hangpa berjaya berperang dengan syahwat hangpa demi menunaikan rukun Islam yang ke-3. bangga cheq dengan hangpa semua ni!

Baiklah. diri ini terpanggil untuk mencoret pada kali ini karena ingin berkongsi sedikit perkara yang kemungkinan besarnya hangpa semua sudah pun tahu :) cuma, cheq nak lah buat sedikit pendedahan bagi yang tidak tahu kan... lagipun benda yang cheq nak kongsikan nii  benda baik. Untuk Akhirat kita bersama juga ;) hihi.


RAMADHAN. bulan yang penuh dengan BARAKAH. tahukah anda apa itu barakah? barakah adalah Keberkatan, ya muslimin dan muslimat sekalian, Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan KEBERKATAN. Bulan di mana Allah ingin beri pahala yang berlipat-lipat kali ganda kepada hangpa semua yang melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya secara PERCUMA! Percuma guys. bukan kena bayaq pun. kalau benda percuma pun hangpa takmau, hangpa termasuklah dalam kalangan depa-ii yang rugi.....

So, kalau hangpa taknak masuk dalam kalangan depa yang rudi, apa kata kita sama-ii tingkatkan Amalan & Ibadah dalam Bulan Ramadhan ni. hangpa tau dak, kalau hangpa derma even seposen sekalipun dengan hati yang sgt ikhlas, hangpa akan dapat berlipat-lipat kali ganda pahala yang taktau berapa banyak lipat dia. itu baru hangpa derma, Kalau hangpa pi buat Ibadah WAJIB, tak ke hangpa dapat lagi berjuta-ii kali lipat pahala tu? so, apa tunggu lagi Guys? mari sama sama kita meraikan Pesta Ibadah Dalam Bulan Ramadhan!

Antara perkara yang dapat hangpa semua buat dalam Pesta Ibadah ni adalah ;-
1) Solat 5 Waktuu
2) Membaca Al-Quran
3) Solat Tarawih
4) Berzikir
5) Bersedekah 
6) Pergi ke Masjid
Dan banyak lagi lah benda baik yang hangpa semua dok boleh buat! sempena bulan baik ni, bagi siapa-ii yang dok hisap rokok tu, apa kata hangpa try stop merokok. hangpa tau kan merokok bukan sahaja memendekkan usia hangpa, tapi memendekkan usia depa-ii yang dok bau asap rokok hangpa tu.  Dan banyak juga yang cheq dengaq kaum laki-ii dok cakap, "atok kami sekarang umoq dan lewat 70An, dan masih merokok, elok ja dia hidup sampai laa ni'  cheq tau lah ajal maut tu semua kat tangan Allah. dan merokok ni hanyalah salah satu faktor yang dapat memendekkan hayat hangpa tu. tapi, apalah salah kita tolak teruih benda yang memudaratkan tu kan?

Bagi kaum-ii hawa yang masih free hair tu, apa kata hangpa try pakai tudung. Manis. sekrang ni pun dah dok ada macam-ii jualan tudung online yang hangpa semua boleh dapat murah semurah murahnya! tinggai nak beli dan pakai je ye dok! cheq tak paksa, cuma menggalakkan. cheq doakan semoga Allah membuka pintu hati hangpa semua. Amin...


DAN, suka ingin cheq mengingatkan kalian bahawa dalam bulan Ramadhan mempunyai satu Malam yang lebih BAIK dari SERIBU BULAN! malam apa tu kawan-ii sekalian? yes! MALAM LAILATULQADAR! mungkin hangpa semua dah sedia maklum bahawa malam LailatuQadar merupakan malam yang sungguh Istimewa. doalah, hajatlah apa sekalipun yang hangpa semuaa nak. InsyaALLAH, doa hangpa semua diberkati! Amin. Guys, 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.: 

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".


So, guys jom lah sama-ii kita mencari Malam Lailatulqadar ni. ingat, 10 ramadhan yang terakhir tau! panjang sangat dah ni cheq mencoret! semoga coretan cheq kali ini memberi sedikit impak yang kepada hangpa semua. last but not lease, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :)

ASSALAMUALAIKUM. MAY PEACE BE UPON YOU!

Wednesday, 3 July 2013

Kata Kata Penyentap (!)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua! Hah, tajuk macam marah sahaja kan? bukan lah marah, cuma terasa. taktahu lah diri ini patut terasa ataupun tidak. atau seeloknya diri ini biarkan kata-kata itu berlalu ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan? haha macam suspen je!
actually nothing serious happened pun. sebenarnya sejak dua menjak ni, kerap kali juga terdengar kata-kata seperti "Deeba, bulat kau sekarang!" "Deeba dah gemuk!" "Deeba gendut!" yang paling takboleh blah, "Besar dah deeba sekarang" okay, kata-ii ini taktahu lah ingin memerli aku ataupun memang nak kata yg aku dah besar. HAHA 

actually aku takdalah terasa sangat pada mulanya. tapi bila dah banyak mulut yang meng-iakan kata-ii tersebut, sentap jugak! HAHA, dengan itu, terbit satu semangat ingin kurus! tapi yeah, semangat hanya tinggal semangat. Aku tewas dengan nafsu makan aku yang susah nak kawal! haha well for those yang tak kenal aku, hangpa jangan dok ingat cheq ni besaq mcm gajah pulak! cheq cuma chubby-ii comel bak kata orang! HAHA memang kadang-ii tu hati ni terjentik untuk kekal langsing seperting sahabat aku yang lain. tapi, taktahu kenapa semangat itu cuma bertandang buat seketika! sedih! 
HAHAHA nevermind, aku tak ambil kisah sangatlah. sebab aku makan sebab bahagia! cehh ini lah modal yg biasanya digunakan oleh mereka-ii yang berat badannya sudah bertambah. nak cover lah konon! haha nobody cares anyway! yang penting, kita enjoy! 

So, thats all for today! nak sambung makan maggi sat... Ops! hehehe. oklah, salam sayang buat semuanya! MAY PEACE BE UPON YOU. ASSALAMUALAIKUM>

Alam Coretan Baru :)

Assalamualaikum semuanya. so, this will be my first post. Diri ini terpanggil untuk mencoret di laman sesawang, Blogger ini. lately ni, kehidupan saya agak sunyi dan membosankan. so, i've decided to make an account of blogger so i can post anything about my life, my feelings and everything that happens around me. 

Jadi, apa kata kita perkenalkan diri? hehe. macam ada yang nak baca pulak kan. nevermind, disebabkan diri ini peramah sifatnya, saya nak jugak perkenalkan diri! HAHA. Nama yang telah diberi oleh kedua ibubapa saya ialah, NOOR ADIBAH BT ABDUL RAHMAN. hangpa boleh panggil saya Deebaa, Adib, Deeb or nak lagi tepat, COMEL je k? HAHA. Saya lahir pada tanggal 26 September 1996. Ya, saya berumur 17 tahun. hmm not really 17, lebih kurang 16 tahun berbulan-bulan maybe? hehe. Saya adalah pelajar sekolah SMK BATU MUDA. saja CAPSLOCK nama sekolah. hehe. so, tahun ni, pada bulan 11, saya akan menduduki peperiksaan penting yang sudahpun kalian ketahui iaitu, Sijil Peperiksaan Malaysia. Seram bhai! HAHA. 

Boring pulak cerita pasal sekolah. haha. apa kata saya cerita pasal life nak? hmmm. diri ini, peramah sifatnya, baik, sopan santun, berbudi pekerti, bertanggungjawab, comel, cantik, gebu.. OPS! terlebih puji pulak seyh! HAHA. noooo lah, itu semua hanyalah sekadar kiasan untuk memerli diri sendiri yang tak berapa nak sedar diri ni. huhu.
Asal rasa macam skema pulak bersaya-ii ni eh? haha. sebenarnya aku memang suka sangat bercakap! bagi siapa yang dah lama berkawan dengan aku, depaa kenai sangat perangai aku ni. disebabkan sifat kepetahan bercakap aku yang tak dapat dikawal lagi ni, aku adalah jugak buat Keek! hangpa tau dak apa tu Keek? haha ia merupakan satu aplikasi dimana ia boleh merakam sesuatu selama 36 saat sahaja. aplikasi ini boleh dimuat turun di Playstore, Android Dan AppleStore jugak kot. haa skema seyh ayat aku! so for those yg masih belum download keek tu, pii lah download cecepat sikit, lepas tu Follow aku k? (deebaarahmann) HAHA promote pulak! takdelah apalah salahnya merapatkan ukhwah antara kita yedok? 

soooo, panjang sangat dah ni aku mencoret. izinkan aku mengundur diri, bagi menyiapkan kerja sekolah yang tak siap-ii lagi! HAHA so, have a nice day everyone! Terima kasih kerna sudi baca sampai ke titik ini (.) nampak sgt hangpa tekun. hehe. MAY PEACE BE UPON YOU GUYS! ASSALAMUALAIKUM.