Assalamualaikum people! how you guys doing? good? i hope you guys were doing really good. Alhamdulillah. dah hari ke-6 kita berpuasa. Dan sebesar besar tahniah saya ucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat yang berjaya berpuasa sehingga ke hari ini, iaitu hari Isnin, 15.7.2013 bersamaan berapa hijrah? siapa tau? angkat tangan! haha semangat hangpa angkat tangan yee. yes, harini bersamaan 6 Ramadhan 1434 Hijrah! TAHNIAH! kerana hangpa berjaya berperang dengan syahwat hangpa demi menunaikan rukun Islam yang ke-3. bangga cheq dengan hangpa semua ni!
Baiklah. diri ini terpanggil untuk mencoret pada kali ini karena ingin berkongsi sedikit perkara yang kemungkinan besarnya hangpa semua sudah pun tahu :) cuma, cheq nak lah buat sedikit pendedahan bagi yang tidak tahu kan... lagipun benda yang cheq nak kongsikan nii benda baik. Untuk Akhirat kita bersama juga ;) hihi.
RAMADHAN. bulan yang penuh dengan BARAKAH. tahukah anda apa itu barakah? barakah adalah Keberkatan, ya muslimin dan muslimat sekalian, Ramadhan merupakan bulan yang penuh dengan KEBERKATAN. Bulan di mana Allah ingin beri pahala yang berlipat-lipat kali ganda kepada hangpa semua yang melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya secara PERCUMA! Percuma guys. bukan kena bayaq pun. kalau benda percuma pun hangpa takmau, hangpa termasuklah dalam kalangan depa-ii yang rugi.....
So, kalau hangpa taknak masuk dalam kalangan depa yang rudi, apa kata kita sama-ii tingkatkan Amalan & Ibadah dalam Bulan Ramadhan ni. hangpa tau dak, kalau hangpa derma even seposen sekalipun dengan hati yang sgt ikhlas, hangpa akan dapat berlipat-lipat kali ganda pahala yang taktau berapa banyak lipat dia. itu baru hangpa derma, Kalau hangpa pi buat Ibadah WAJIB, tak ke hangpa dapat lagi berjuta-ii kali lipat pahala tu? so, apa tunggu lagi Guys? mari sama sama kita meraikan Pesta Ibadah Dalam Bulan Ramadhan!
Antara perkara yang dapat hangpa semua buat dalam Pesta Ibadah ni adalah ;-
1) Solat 5 Waktuu
2) Membaca Al-Quran
3) Solat Tarawih
4) Berzikir
5) Bersedekah
6) Pergi ke Masjid
Dan banyak lagi lah benda baik yang hangpa semua dok boleh buat! sempena bulan baik ni, bagi siapa-ii yang dok hisap rokok tu, apa kata hangpa try stop merokok. hangpa tau kan merokok bukan sahaja memendekkan usia hangpa, tapi memendekkan usia depa-ii yang dok bau asap rokok hangpa tu. Dan banyak juga yang cheq dengaq kaum laki-ii dok cakap, "atok kami sekarang umoq dan lewat 70An, dan masih merokok, elok ja dia hidup sampai laa ni' cheq tau lah ajal maut tu semua kat tangan Allah. dan merokok ni hanyalah salah satu faktor yang dapat memendekkan hayat hangpa tu. tapi, apalah salah kita tolak teruih benda yang memudaratkan tu kan?
Bagi kaum-ii hawa yang masih free hair tu, apa kata hangpa try pakai tudung. Manis. sekrang ni pun dah dok ada macam-ii jualan tudung online yang hangpa semua boleh dapat murah semurah murahnya! tinggai nak beli dan pakai je ye dok! cheq tak paksa, cuma menggalakkan. cheq doakan semoga Allah membuka pintu hati hangpa semua. Amin...
DAN, suka ingin cheq mengingatkan kalian bahawa dalam bulan Ramadhan mempunyai satu Malam yang lebih BAIK dari SERIBU BULAN! malam apa tu kawan-ii sekalian? yes! MALAM LAILATULQADAR! mungkin hangpa semua dah sedia maklum bahawa malam LailatuQadar merupakan malam yang sungguh Istimewa. doalah, hajatlah apa sekalipun yang hangpa semuaa nak. InsyaALLAH, doa hangpa semua diberkati! Amin. Guys, 10 akhir Ramadhan adalah merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".
So, guys jom lah sama-ii kita mencari Malam Lailatulqadar ni. ingat, 10 ramadhan yang terakhir tau! panjang sangat dah ni cheq mencoret! semoga coretan cheq kali ini memberi sedikit impak yang kepada hangpa semua. last but not lease, SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN :)
ASSALAMUALAIKUM. MAY PEACE BE UPON YOU!
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment