Wednesday, 3 July 2013

Alam Coretan Baru :)

Assalamualaikum semuanya. so, this will be my first post. Diri ini terpanggil untuk mencoret di laman sesawang, Blogger ini. lately ni, kehidupan saya agak sunyi dan membosankan. so, i've decided to make an account of blogger so i can post anything about my life, my feelings and everything that happens around me. 

Jadi, apa kata kita perkenalkan diri? hehe. macam ada yang nak baca pulak kan. nevermind, disebabkan diri ini peramah sifatnya, saya nak jugak perkenalkan diri! HAHA. Nama yang telah diberi oleh kedua ibubapa saya ialah, NOOR ADIBAH BT ABDUL RAHMAN. hangpa boleh panggil saya Deebaa, Adib, Deeb or nak lagi tepat, COMEL je k? HAHA. Saya lahir pada tanggal 26 September 1996. Ya, saya berumur 17 tahun. hmm not really 17, lebih kurang 16 tahun berbulan-bulan maybe? hehe. Saya adalah pelajar sekolah SMK BATU MUDA. saja CAPSLOCK nama sekolah. hehe. so, tahun ni, pada bulan 11, saya akan menduduki peperiksaan penting yang sudahpun kalian ketahui iaitu, Sijil Peperiksaan Malaysia. Seram bhai! HAHA. 

Boring pulak cerita pasal sekolah. haha. apa kata saya cerita pasal life nak? hmmm. diri ini, peramah sifatnya, baik, sopan santun, berbudi pekerti, bertanggungjawab, comel, cantik, gebu.. OPS! terlebih puji pulak seyh! HAHA. noooo lah, itu semua hanyalah sekadar kiasan untuk memerli diri sendiri yang tak berapa nak sedar diri ni. huhu.
Asal rasa macam skema pulak bersaya-ii ni eh? haha. sebenarnya aku memang suka sangat bercakap! bagi siapa yang dah lama berkawan dengan aku, depaa kenai sangat perangai aku ni. disebabkan sifat kepetahan bercakap aku yang tak dapat dikawal lagi ni, aku adalah jugak buat Keek! hangpa tau dak apa tu Keek? haha ia merupakan satu aplikasi dimana ia boleh merakam sesuatu selama 36 saat sahaja. aplikasi ini boleh dimuat turun di Playstore, Android Dan AppleStore jugak kot. haa skema seyh ayat aku! so for those yg masih belum download keek tu, pii lah download cecepat sikit, lepas tu Follow aku k? (deebaarahmann) HAHA promote pulak! takdelah apalah salahnya merapatkan ukhwah antara kita yedok? 

soooo, panjang sangat dah ni aku mencoret. izinkan aku mengundur diri, bagi menyiapkan kerja sekolah yang tak siap-ii lagi! HAHA so, have a nice day everyone! Terima kasih kerna sudi baca sampai ke titik ini (.) nampak sgt hangpa tekun. hehe. MAY PEACE BE UPON YOU GUYS! ASSALAMUALAIKUM.

No comments:

Post a Comment