Assalamualaikum guys! how you guys doing? baik tak hari-ii hangpa semua? cheq harap hangpa semua sihat-ii belaka okay! cheq sihat Alhamdulillah. cuma hati ni panas sikit! bukan sikit, banyak lah jugak kalau nak ditambah dengan panas yang sebelum ni.
Bukan apa, makin kuat pulak iman ini diuji oleh yang Maha Esa, dalam bulan Ramadhan ni. cheq sebagai hamba-Nya yang hina, kena lah redha dengan semua benda yang jadi. bunyi macam matii laki pulak! HAHA
ok, actually cheq panas hati disebabkan Kemudahan yg sedia ada kat PPR Batu Muda ni. hangpa tau kan PPR tu apa? Projek Perumahan Rakyat. cheq duduk kat sini. Flat ni kaler oren+kuning dan berbumbung merah. mempunyai 17 tingkat perumahan. Ah! bukan ini yang cheq nak habaq ni. cheq nak habaq pasai LIF yang disediakan untuk semua penduduk perumahan Blok E ni. Blok ni ada 3 lift. tapi, hanya 1 SAHAJA buat masa ni yang boleh guna. hangpa bayangkan, 1 lif nak dikongsi dengan penduduk 17 tingkat. 1 tingkat ada 20 rumah. kalau 1 rumah ada 5 orang . 5x20=100 . 100x17=1700 penduduk. itu kalau 5 orang. kalau 6? 7? 8? hangpa bayangkan 1700 orang ni nak kongsi 1 lift yang standart size. kalau dah standart size tu hangpa tau lah boleh sumbat berapa kan? jenis Lif PPR ni hok yang takda loceng kalau over-weight. so, selagi boleh himpit, depa himpit! cheq yang boleh lah dikatakan kecil ni(perasan), terperosok lah celah-ii jiran tetangga yang besar-ii tu.
Lagi-ii kalau time pagi , dimana depa-ii yang masih bersekolah (termasuk aku) dan bekerja, sudah pastinya akan terpacak kat depan lift tu paling busuk pun pukui 645. cuba hangpa bayangkan lift ni nak angkut depa-ii dari setiap tingkat. kalau lift ni cepat takpa, masalahnya, setiap 1 tingkat berhenti lif ni ambil masa dalam 30 saat. kalau yang jenis depa yang malas nak tekan button '><' (tutup), lagi lambatlah jawabnya. 30 saat x 17 = 510 saat bersamaan 8 minit 5 saat. itu baru satu round. kalau depa yang dah terpacak depan lift tu tapi takdapat masuk lift sebab "penuh" cemana? tak ke lambat depa-ii dan cheq ni nak ke sekolah? hah. so nak ambil jalan cepat, depa dan cheq pun daki dan turuni anak-ii tangga yang telah pun disediakan tu. kalau setakat tingkat 1-5 takpa lagi. ni kalau tingkat 6-17 tu? menggigil lutut wei! siapa yang ada pengalaman, hangpa tau lah kan.
bukan apa, kalau sehari dua lift nya rosak takpa, ni dah lebih seminggu! lagi-ii laa ni bulan posa. memang tak penat lah ceritanya. mendera depa-ii yang berpuasa sahaja. cheq kesiankan makcik-ii, pakcik-ii yang dah uzuq tu. cemana depa nak mendaki tangga tu? memang sangat tidak berpuas hati dengan maintanance ppr ni! dah berapa kali repair, berapa kali nak rosak. dah lah khidmat yang diberikan LEMBAT (lembab+lambat) ! dah macam-ii aduan buat, depa still sama. bagai mencurah aiyaq ke daun keladi! geram ni geram. fikir bulan puasa je ni tau! hangpa dapat bayangkan cheq ni penat-ii balik sekolah jalan kaki, lepastu kena mendaki tangga pulak. rumah cheq pulak tingkat 13! gila barbe!
SO CHEQ HARAP PIHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB DAPAT MENGATASI MASALAH NI DENGAN SEGERA SEBELUM ADA YANG BUAT GELONGSOR DARI SETIAP TINGKAT.
panjang betul cheq mengomel! hehehe terima kasih lah yaaa sebab sudi membaca. kurang-ii lega sikit ada yang prihatin ye dokk? hehe. oklah sampai sini sahaja! cheq nak beradu sebentar! penat mendaki tangga! last but not lease, JANGAN CURI-II MAKAN/MINUM. HEHE
MAY PEACE BE UPON YOU GUYS! ASSALAMUALAIKUM!
.jpg)
No comments:
Post a Comment