Assalamualaikum pembuka bicara. daripada tajuk ja hangpa dah taw apa yang aku maksudkan en? haha.
yes! aku adalah seorang pelajar yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia dalam masa 27 hari lagi. ya ya dan ya! semakin hampir aku dengan tarikh peperangan tersebut, semakin malas untuk aku melakukan persiapan menempuh SPM.
kenapa? mengapa? why? why???????????? yes. beribu persoalan yang bermain di minda. kadang-ii dah macam orang gila bila asyik tanya dan bertanya kepada diri sendiri....... mungkin kebanyakan pelajar malaysia yang dilahirkan pada tahun 1996 sedang bersiap sedia melakukan persiapan terbaik mereka. sedang mengatur strategi dan menyediakan senjata masing-ii.
tapi aku? yes AKU. bukan lah dok kata tak belajaq. tapi, kurang sikit dari mereka yang kaki buku ni. buktinya, laa ni aku sedang mengadap laptop berjenama lenovo ni, mengupdate blog sambil melayan lagu di youtube dan melayan pencicit biru. instead of, pi buat latihan addmath yang sudah tentu akan membunuh aku di medan peperangan.
bukannya aku tak cuba. aku cuba jadi macam budak-ii kelas depan, (garnet, amethyst) dok hadap buku ja. pi mana-ii pun mesti ada buku. tapi hakikatnya aku bukan seperti mereka. aku istimewa sikit. hahaha. dalam keadaan macam ni pun boleh lagi kau nak bajet kan deebaarahman.
haritu aku ada jugaklah bertanya dengan sorang cikgu ni. dia guru kaunseling.
DR(deebaarahman) : cikgu, saya nak tanya. kenapa semakin nak spm semakin saya malas eh?
PN (puan naraha) : adibah, itu perkara biasa. bagi pendapat saya, lagi bagus kamu tak hadap buku 24 jam. at least kamu tak rasa stress sangat. tapi janganlah sampai tak pegang buku okay.
haaaaaa. begitu sekali! nampaknya bukan aku sahaja yang mengalami fenomena malas sedunia ni. masih ada ramai lagi pelajar yang mengalami nasib yang sama seperti aku. hahah. tapi aku percaya, orang seperti kami akan menemui cahayanya juga. cuma yang membezakan kami, cepat dan lambat sahaja.
biasalah kalau dah sebut tentang pelajar radikal macam aku ni. bila dah last-ii minute barulah nak cari Allah kan. doa pnya doa punya doa. walaupun aku tahu doa itu merupakan senjata orang muslim, tapi! doa tanpa usaha dan matlamat tak membantu pun. sebab Allah pernah berkata "Dia takkan mengubah nasib hamba-Nya, kalau hamba-Nya sendiri yang tidak mengubahkannya" nampak? sesungguhnya Allah itu takkan menjadikan sesuatu dengan sia-sia.
jadi, kalau aku mahu berjaya, aku perlu usaha. ubah mana yang aku rasa patut di ubah. pedulikan orang luar. depaa bukannya peduli pun. kan? hahaha. so, better aku pi buat latihan akaun. katakooooo. hahahh till we meet again bloggers. may peace be upon you. Assalamualaikum.
-DeebaaRahman-
No comments:
Post a Comment